Thursday, August 19, 2010

Bazar Ramadhan Al Mubarak 2010

Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh .

Pertama sekali, tukang tulis ingin memohon sepuluh jari diatas kelewatan meng-update blog hsss ini :) . Biasalah kewajipan seorang pelajar yang xdapat lari daripada tanggungjawab dalam menuntut ilmu.

Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir untuk Bazar Ramadhan Human Sciences Students Society atau booth HSSS yang telah beroperasi selama 4 hari, iaitu 16 September 2010 - 19 September 2010. Tukang tulis telah melawat booth HSSS ini untuk meninjau aktiviti aktiviti mereka. Tukang tulis juga ada menemu bual Program Manager booth HSSS ini iaitu Firdaus Hisham. Organisasi bagi Bazar Ramadhan ini ialah :

Program Manager : Firdaus Hisham
Assistant Program Manager : Mahfuzah
Biro : Farhana dan Sakinah Ithnin

Booth HSSS menjual hidangan :
Sloppy Joe
Sloppy Crazee
Popia Basah
Rojak Buah
Teh Nenas
Fruit Cocktail

Tukang tulis juga ada menanyakan tentang pengalaman yang dapat diperolehi semasa booth HSSS ini dijalankan. Beliau berterima kasih kepada semua committee yang hadir untuk memberi kerjasama dalam menyiapkan makanan dan hidangan walaupun terpaksa menghadapi hari hujan selama 2 hari berturut - turut. Selain itu, beliau mengatakan bahawa ikatan ukhwah dapat dijalinkan diantara senior committee dan junior committee. Tahniah diucapkan kepada organiser yang berjaya melakasanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang semasa diawal semester yang lalu.

Tukang tulis juga ada melawat booth yang lain. Disitu, tukang tulis telah berjumpa dengan pihak FSCC, iaitu Encik Qawi. Tukang tulis ada bertanyakan tentang apa objektif utama Bazar Ramadhan antara society ini diadakan, dia menjawab tujuan utama nya ialah untuk mendedahkan kepada student CFS ini bagaimana caranya untuk menjadi usahawan. Beliau juga menambah lagi bahawa persaingan diantara bazar milik CFS dan bazar lain adalah merupakan persaingan yang sihat lalu dapat menambahkan pendapatan bagi society masing masing.

Untuk makluman pembaca semua, 8 society telah terlibat dalam bazar Ramadhan CFS ini. Alhamdulillah, setiap society telah dibekalkan peralatan yang cukup untuk memudahkan proses penjualan makanan di bulan puasa walaupun terpaksa menghadapi masalah masalah yang tidak dapat dielakkan iaitu masalah cuaca.

Tukang tulis amat kagum dengan kegigihan semua committee terutamanya committee HSSS dalam menjalankan komitmen masing-masing. Diharap semester depan, committee HSSS dapat membuat lagi satu anjakan paradigma yang dapat dicontohi oleh semua pelajar.

Tukang tulis ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak, semoga amalan yang dilakukan pada di bulan suci ini mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Aminn . Wassalam,

2 comments:

Unknown said...

Great effort from the committee! Hope that significant improvement can be made next time i'Allah.

Nice to see the students (all societies too) working together hand-in-hand. May Allah bless us all, ameen~

Firdaus Hisham said...

Saya ingin memohon maaf kpda semua commitee atas segala kesilapan saya semasa mnjdi PM untuk bazar nie..semoga ukhuwah antara semua commitee dapat dieratkn lgi dngn bazar ini.. =)

Post a Comment

IIUM.fm