Thursday, December 9, 2010

SMAC..!

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR HUMAN SCIENCES...

SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MENGIKUTI PROGRAM SPORTS AND MARTIAL ARTS CARNIVAL(SMAC) YANG BAKAL BERLANSUNG TIDAK LAMA LAGI, SILA DAFTARKAN DIRI ANDA MELALUI FACEBOOK ATAU E-MAIL (hs_studentsociety2yahoo.com)KAMI. SILA SERTAKAN NAMA,NO.MATRIK DAN SEBARANG INFORMASI YANG MEMBOLEHKAN KAMI MENGHUBUNGI ANDA...
BERIKUT ADALAH ACARA-ACARA YANG DITAWARKAN:-

1- Volleyball: lelaki dan perempuan (9 ahli/team)

2- Basketball: lelaki dan perempuan (10ahli/team).

3- Table tennis: lelaki dan perempuan (2 pair -beregu + 2/person).

4- Netball: perempuan (10 ahli/team).

5- Badminton:(2 pair -beregu + 2/person).

6- Chess: lelaki dan perempuan (2/person)

7- Tug of war: lelaki (10 ahli/team).

8- Free fight: open

9- Athletics: lelaki dan perempuan,

100m (2/person),
200m (2/person),
4oom (2/person),
4x100m (4 person=team),
4x400m (4 person=team).


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIKEMUKAKAN KEPADA MANA-MANA COMMITTEE HSSS ATAU FACEBOOK ATAU EMAILKAN KEPADA KAMI.
KERJASAMA DARIPADA KALIAN AMAT DIHARGAI...!





"BERSAMALAH KITA MEMAJUKAN SUKAN UNTUK NEGARA".

Monday, December 6, 2010

Doa Awal Tahun & Akhir Tahun Hijrah.


Doa Akhir Tahun dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun

doa-akhir-thn0.jpg

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun

doa-awal-thn0.jpg

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Tuesday, November 30, 2010

HSSS is recruiting!!!


University life can be said to be a simulation of what we will be facing after we graduate and establish our careers. The current trend now is that companies, organizations and many other bodies are usually looking for students who are, not only bright, but have the skills and the ability to propel them towards their objective.

That is exactly what you can gain by joining a society. The soft skills that you will learn will also be the same that you will depend on throughout your career.

The art of negotiating, presenting and critically thinking of how to get what you want, when you want it.

Yes, as students we should prioritize our studies. And participating in a society helps you to juggle that AND other duties.
Just like your parents, with their jobs, the family and even raising kids like you (pun intended).

Look at it like a practice for life to come.


Afraid?


Don't think.

Just come for the interview. It's worth a try right?

See you guys there. :)

Thursday, November 25, 2010

Doa mengelak daripada menjadi pelupa..!



اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَأَرْضِنَا





Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah buat kami jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.” (Riwayat Ahmad no. 224)



Amalan: Menurut al-Tirmizi, al-Nasa’i dan al-Hakim, doa ini dibaca oleh Nabi s.a.w. sebaik sahaja selesai menerima wahyu. Oleh sebab itu, kita digalakkan membaca doa ini semasa memperoleh ilmu agar dikurniakan keberkatan apa yang dipelajari menyebabkan semuanya itu terus tersemat dalam minda dan dijauhi penyakit lupa.


Dipetik daripada Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci, Ustaz Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.


Monday, November 15, 2010

...Salam Eidul Adha...


"Dan bagi tiap-tiap umat. Kami syariatkan ibadat menyebelih korban(atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama ALLAH sebagai tanda Syukur akan pengurnian-NYA kepada mereka (iaitu) binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana tuhan kamu TUHAN YANG MAHA ESA, maka hendaklah kamu tunduk taat kepada-NYA dan sampaikan berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat."

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada umat Islam di seluruh dunia terutamanya rakan-rakan seperjuangan (Human Sciences Students). Semoga kehidupan kita lebih diberkati dan dirahmati di masa akan datang...




Tuesday, November 9, 2010

...ISLAMOPHOBIA...

You just see one mess after another,
ONE MESS after ANOTHER,
and it's time for us to CLEANING up those messes and even




Going BEYOND that,




it's time for us to CONTRIBUTE to the construction of something BEAUTIFUL...

-Imam Zaid Shakir( Islamic Scholar,Professor and Author)

"The Global Fear Creeping Within Our Hearts".



By: *Madam Isfadiah * Mr. Ahmad El Muhammady

On: 10th November 2010

At: 8.30pm, in front of library CFS IIUM, Nilai...

LET'S JOIN US!!!


Saturday, November 6, 2010

...sertailah kami di RaFest'10...

...HSSS akan bersama-sama anda di Raudah Festival pada 8,9 dan 10 November 2010...



Jom kita sertai dan memeriahkan Forum yang bakal dianjurkan oleh HSSS pada 10 Nov 2010

Siapakah bersama-sama kita???


*tuntutlah ilmu hingga ke negeri China...


*dengarkan informasi-informasi terkini dan berguna daripada mereka...


Kami juga akan menganjurkan pameran kerjaya dan beberapa pertandingan bermula 8 Nov-10 Nov 2010...

*dapatkanlah informasi anda di pameran tersebut...
* Yang mana satu menjadi pilihan anda...
"...hidup yang 'best' adalah bermula daripada kerjaya yang 'best'..."

BERKONGSILAH BERSAMA KAMI!!!

*dapatkan info daripada kami dari masa ke masa...



Sunday, October 17, 2010

Announcement for Release of Examination Result Sem. 1, 2010-2011

Attention to all CFS IIUM students, Please be informed that the Semester 1, 2010/2011 examination result will be accessible from 20th October 2010 (Wednesday) after 5.00 pm onwards through student portal. For graduating students who qualified for Resit Examination and student who apply for special examination, please check your examination schedule on 27th October 2010 (Wednesday) after 5.00 pm at CFS Website (www.iiu.edu.my/asasi).


Best Wishes XD

Tuesday, September 21, 2010

Final Examination 2010/2011





Masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Good Luck, All The Best, wa kullu khoir in final examination minggu ini ! Buat yang terbaik sahabat sahabatku, lakukan Anjakan Paradigma mulai dr sekarang :) Jangan hampakan harapan ibubapa kita semua ! Kullu khoir fil imtihan ♥ HSSS loves you all :)

Wednesday, September 8, 2010

Raya 2010


Tukang tulis ingin mengucapkan


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin
selama tukang tulis menulis dan berkalam dalam blog HSSS ini .

Tak lupa juga kepada :
warga Human Sciences Students Society
Student CFS IIUM
Warga UIA Gombak

p/s : Use your money wisely, okay?
Salam .

Friday, September 3, 2010

Merdeka & Grand Iftar


Salam Ramadhan :)

Tukang tulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 . Alhamdulillah, negara kita masih lagi berjaya mengekalkan kemerdekaan ini . Semoga berkekalan sehingga akhir zaman . Semoga generasi - generasi yang ada sekarang, dan juga pada masa yang akan datang, diselitkan dengan semangat patriotik demi mengekalkan kemerdekaan negara ini . Mereka perlu lah membuang segala anasir - anasir yang telah menjajah minda mereka . Memang betul Malaysia sudah dibebaskan oleh Penjajah British, dan Jepun, tetapi minda pemuda pemudi kebanyakkan masih lagi dijajah oleh anasir - anasir yang tidak sepatutnya . Tepuk dada tanya lah iman .

Tukang tulis teruskan agenda sebenar dengan berkalam tentang Grand Iftar . Grand Iftar telah berlangsung pada 31 Ogos 2010 pada pukul 5.30 petang . Alhamdulillah, kedatangan pelajar Human Science amat memberangsangkan . Tiket Iftar dijual habis . Grand Iftar ini dijalankan di Seminar Hall, CFS IIUM Nilai .

Jutaan terima kasih kepada committe Human Sciences Students Society kerana menjalankan tanggungjawab sebelum Grand Iftar bermula :) . Let's the picture talks :




Master plan : Dibentang kan oleh PM (Khalifah),


Committee HSSS


Hadi dan Khalifah.

Aiman dan Syakir Salman tmenggantungkan poster Grand Iftar


Mesti pembca tertanya - tanya, apakah menu yang ada dalam Grand Iftar HSSS ? Terima kasih kepada Katering Mak Cik :) Menu yang ada ialah :
Sambal Ayam
Nasi Briyani
Arca
Tamar
Tembikai
Air Sirap dan Strawberi





Taking their food :)


Women side :)


Men side :)


Committee (ladies)


Committee (men)

I think thats all :)


Saturday, August 28, 2010

Human Sciences Graduation Grand Dinner

Thursday, August 19, 2010

Bazar Ramadhan Al Mubarak 2010

Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh .

Pertama sekali, tukang tulis ingin memohon sepuluh jari diatas kelewatan meng-update blog hsss ini :) . Biasalah kewajipan seorang pelajar yang xdapat lari daripada tanggungjawab dalam menuntut ilmu.

Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir untuk Bazar Ramadhan Human Sciences Students Society atau booth HSSS yang telah beroperasi selama 4 hari, iaitu 16 September 2010 - 19 September 2010. Tukang tulis telah melawat booth HSSS ini untuk meninjau aktiviti aktiviti mereka. Tukang tulis juga ada menemu bual Program Manager booth HSSS ini iaitu Firdaus Hisham. Organisasi bagi Bazar Ramadhan ini ialah :

Program Manager : Firdaus Hisham
Assistant Program Manager : Mahfuzah
Biro : Farhana dan Sakinah Ithnin

Booth HSSS menjual hidangan :
Sloppy Joe
Sloppy Crazee
Popia Basah
Rojak Buah
Teh Nenas
Fruit Cocktail

Tukang tulis juga ada menanyakan tentang pengalaman yang dapat diperolehi semasa booth HSSS ini dijalankan. Beliau berterima kasih kepada semua committee yang hadir untuk memberi kerjasama dalam menyiapkan makanan dan hidangan walaupun terpaksa menghadapi hari hujan selama 2 hari berturut - turut. Selain itu, beliau mengatakan bahawa ikatan ukhwah dapat dijalinkan diantara senior committee dan junior committee. Tahniah diucapkan kepada organiser yang berjaya melakasanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang semasa diawal semester yang lalu.

Tukang tulis juga ada melawat booth yang lain. Disitu, tukang tulis telah berjumpa dengan pihak FSCC, iaitu Encik Qawi. Tukang tulis ada bertanyakan tentang apa objektif utama Bazar Ramadhan antara society ini diadakan, dia menjawab tujuan utama nya ialah untuk mendedahkan kepada student CFS ini bagaimana caranya untuk menjadi usahawan. Beliau juga menambah lagi bahawa persaingan diantara bazar milik CFS dan bazar lain adalah merupakan persaingan yang sihat lalu dapat menambahkan pendapatan bagi society masing masing.

Untuk makluman pembaca semua, 8 society telah terlibat dalam bazar Ramadhan CFS ini. Alhamdulillah, setiap society telah dibekalkan peralatan yang cukup untuk memudahkan proses penjualan makanan di bulan puasa walaupun terpaksa menghadapi masalah masalah yang tidak dapat dielakkan iaitu masalah cuaca.

Tukang tulis amat kagum dengan kegigihan semua committee terutamanya committee HSSS dalam menjalankan komitmen masing-masing. Diharap semester depan, committee HSSS dapat membuat lagi satu anjakan paradigma yang dapat dicontohi oleh semua pelajar.

Tukang tulis ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak, semoga amalan yang dilakukan pada di bulan suci ini mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Aminn . Wassalam,

Wednesday, August 11, 2010

HS Week


Assalamualaikum warrah matullah hiwabarakatuh,

Hari ini tukang tulis nak berkata kata, berkalam tentang HS Week yang telah diadakan pada 28 Julai 2010 di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Subhanallah ! Itulah yang terkeluar di mulut di tukang tulis kerana keindahan architecture bangunan UIA yang dikelilingi flora yang rimbun. Kesegaran oksigen yang dihirup terasa segarnya.

Tukang tulis telah diberi amanah sebagai Secretary of HS Week untuk menulis report tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan disana. Seramai 42 orang peserta mengambil bahagian
termasuk dengan committee HSSS. Kami bertolak dengan menaiki bas pada pukul 3 dan sampai disana pada pukul 430 petang. Rombongan kami diketuai oleh President HSSS, Shah Rizal dan Vice President I, Adam Ramadhan.

Kami telah berkunjung ke Kulliyyah Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences. Terdapat banyak booth HS disitu iaitu : HISTORIUM, SOCASA, PSYCSTA, ELITS, COSA, POSSA, dan COSA. Pelajar CFS mengambil peluang ini dengan melawat semua booth untuk mendapatkan additional information. Tukang tulis banyak menghabiskan masa dengan booth HOSTORIUM kerana tukang tulis berminat dengan subject HISTORIUM ini :D . Tukang tulis telah meng - interview
dengan pihak HISTORIUM a.k.a. Assistant Manager of Human Sciences Week. Banyak information yang tukang tulis dapat especially tentang lecturer HS disitu, apa yang akan dipelajari dan sebagainya. Pengalaman ini adalah pengalaman yang paling bermakna sekali dalam hidup tukang tulis.

Pada pukul 530 petang, kami menggunakan masa yang ada sepenuhnya dengan melawat ke Masjid UIA, lecture hall, tutorial class,
CLC, Mahallah, Male and Female Sports Complex, lain-lain Kulliyyah, dan banyak lagi. Pada pukul 730 malam, kami semua bersolat di Masjid UIA sebelum berangkat ke Mini Auditorium untuk mendengar ceramah motivasi oleh Dr. Abdul Latif bin Abdul Razak. Tajuk ceramahnya ialah : Maintaining Career In a Long Run From Qura'nic Perspective. Banyak info-info yang menarik telah diperolehi dari ceramah motivasi tersebut. Apatah lagi, penceramahnya amat dedikasi, sporting dan pandai berjenaka itu membuatkan kami tidak kering gusi dan boring dalam mendengar ceramahnya.

Ceramah itu berakhir pada pukul 10 malam. Kami dibekalkan dengan refreshment. Kami juga diberi masa selama 45 minit untuk melawat ke tempat specific yang belum kami
kunjungi lagi. Ada yang ke tandas, ada yang ke ATM, ada yang pergi cafe, dan bermacam - macam ragam lagi. Tukang tulis ada juga snap pic bangunan rectory UIA. Sangat indah pada waktu malam !

Pada pukul 11 malam, kami berangkat pulang ke CFS IIUM, Nilai. Alhamdulillah, kami telah selamat sampai ke Nilai. :)

Wassalam,

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN AL MUBARAK


Puasa dari Sudut Kesihatan


Sebenarnya nilai dan kebaikan puasa dari sudut kesihatan itu memang banyak.
Bukan sekadar puasa dlm bulan ramadhan sahaja.
Puasa sunat pun banyak kebaikannya.
Rajin rajin laa baca dr majalah , surat khabar , etc.

Di antara kebaikan-kebaikan puasa utk kesihatan ialah :

- Puasa memberi kesegar kepada fizikal dan mental seseorang
- Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau tosik dalam darah manusia
- Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat , segar dan bertenaga
- Puasa akan memanjangkan umur anda
- Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa
- Puasa akan membantu menhakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia
- Puasa akan memberi keimbangan dalam darah.
- Bila darah kita terlampau banyak asid , puasa akan menukarkan semula darah kita menjadi alkali
- Puasa boleh menurunkan darah tinggi
- Puasa boleh menurunkan berat badan
- Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan
- Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata

Insyaallah , mudah mudahan ramadhan tahun ini lebih baik drpd tahun tahun sebelumnya.

" SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA "
jangan lupa solat tarawikh dan bersahur :)
may ALLAH bless u all !


nota hujung jari ,
maaf kerana kelewatan mengemaskini blog ini..


Monday, July 12, 2010

Best Of Luck


Human Sciences Students Society 
Wishing All Human Sciences Student 
All The Best 
In Your Mid Term Examination

Saturday, July 3, 2010

CONGRATULATION


Assalamualaikum..

First of all,tukang tulis ingin memohon jutaan kemaafan di atas kelewatan meng-update blog society ini. Kesibukan sebagai seorang pelajar "membantutkan" segala urusan meng-update.

Alhamdulillah,satu per satu aktiviti society ini berjaya dilaksanakan.
Antaranya adalah:
i] INTRODUCTION TO HSSS
ii] TEMUDUGA UTK COMMITTEE FIRST YEAR
iii] ANNUAL GRAND MEETING


[ANNUAL GRAND MEETING]

Maaf buat kali kedua.
Tukang tulis masih belum menerima gambar gambar yg lain sepanjang program yg telah berjaya dijalankan.
Hanya sekeping gambar yg mampu tukang tulis kongsikan di sini.
Insyaallah,gambar seterusnya akan di upload dr semasa ke semasa.

Masih belum terlambat utk tukang tulis mengucapkan TAHNIAH buat committees yg berjaya menjayakan program INTRODUCTION TO HSSS.

Begitu juga kepada pelajar pelajar first year yg telah terpilih dlm INTERVIEW FOR NEW COMMITTE dan berjaya dipilih menjadi ahli keluarga baru di sini. :)

Buat yg berjaya memenangi hati pelajar HUMAN SCIENCES dlm ANNUAL GRAND MEETING,tahniah juga diucapkan.

"jalankan amanah yg diberikan dgn sempurna"
insyaallah.. :)


Tuesday, June 22, 2010

Attention !!!

Attention To All Human Sciences 1st year students ..
You are required to attend A BRIEFING OF INTRODUCTION TO HUMAN SCIENCES STUDENT SOCIETY 23rd June 2010 8.00 pm TONIGHT at Seminar Hall ..
Your attendance is COMPULSORY ..
Please bring along ur pen & note book ..

Friday, May 21, 2010

End-of-Semester III, 2009/2010 Examination Result

End-of-Semester III, 2009/2010 Examination Result
End-of-Semester III, 2009/2010 Examination Result will be accessible from 21st May 2010 (Friday) after 5.00 p.m. onwards through Student Portal at http://my.iium.edu.my/ and on IIUM MySMS .

Sunday, May 16, 2010

SENARAI KABINET MALAYSIA


Assalamualaikum..

Tukang tulis rasa tidak salah jika tukang tulis meletak senarai nama kabinet baru di Malaysia. Seperti kita sedia maklum, kita perlu tahu siapa mereka. Bukanlah untuk memPOLITIKkan blog persatuan ini. Tapi sekadar ingin berkongsi sedikit maklumat yang pada pendapat tukang tulis adalah sangat berguna kepada semua terutama penuntut universiti yang mengambil matapalajaran POLITICAL SCIENCES. YA ! Pelajar HUMAN SCIENCES perlu tahu ! Bukan itu sahaja. Ayah tukang tulis juga sering mengingatkan tukang tulis supaya cuba ingat nama-nama mereka serta jawatan yang disandang mereka.

NANTI KALAU PERGI INTERVIEW MINTA KERJA BOLEH JADI ADA SOALAN TENTANG KABINET DI MALAYSIA. :)


Jadi, tukang tulis senaraikan di sini.


PERDANA MENTERI: Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN: Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:

DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN: Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA: Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN: Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR: Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:Datuk M.Saravanan


nota kaki : jika ada kesalahan dalam senarai di atas, diminta pihak yang arif tentang senarai kabinet betulkan kesalahan tersebut. :)

Thursday, May 13, 2010

MySMS Mobile Registration User Guide

MySMS MOBILE REGISTRATION USER GUIDE FOR CFS PJ AND NILAI
Students must register their mobile number before they can use  IIUM CFS mySMS services.
Step 1:  Type  http://www.iium.edu.my/
Step 2:  Click  myIIUM Portal
Step 3: Choose myIIUM CFS, click  here to get the Student Portal login screen.
Step 4:  Key in myIIUM ID and password then press button login.
Step 5 :  After login successfully,  student portal screen will appear. See  mySMS Click Here to Activate banner.  Click here.

Step 6: Enter  your Mobile Number and SMS PIN ( case sensitive ). Click button register.

Step 7: Click Refresh to see the detail.

Step 8: Your mobile number  successfully registered.

Step 8: If you want to update or change the current mobile number, click hange> . Reset Mobile No. Activation will display.  Key in your new Mobile No. and SMS PIN as shown below.  Click button Update to make the changes.

Step 9: You can view  SMS FAQ for further assistance on the mySMS Services.
 
Step 10: Click mySMS FAQ to see the detail.

Step 11: Click mySMS Manual to see the format for sending sms.

IIUM.fm