Wednesday, August 11, 2010

HS Week


Assalamualaikum warrah matullah hiwabarakatuh,

Hari ini tukang tulis nak berkata kata, berkalam tentang HS Week yang telah diadakan pada 28 Julai 2010 di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Subhanallah ! Itulah yang terkeluar di mulut di tukang tulis kerana keindahan architecture bangunan UIA yang dikelilingi flora yang rimbun. Kesegaran oksigen yang dihirup terasa segarnya.

Tukang tulis telah diberi amanah sebagai Secretary of HS Week untuk menulis report tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan disana. Seramai 42 orang peserta mengambil bahagian
termasuk dengan committee HSSS. Kami bertolak dengan menaiki bas pada pukul 3 dan sampai disana pada pukul 430 petang. Rombongan kami diketuai oleh President HSSS, Shah Rizal dan Vice President I, Adam Ramadhan.

Kami telah berkunjung ke Kulliyyah Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences. Terdapat banyak booth HS disitu iaitu : HISTORIUM, SOCASA, PSYCSTA, ELITS, COSA, POSSA, dan COSA. Pelajar CFS mengambil peluang ini dengan melawat semua booth untuk mendapatkan additional information. Tukang tulis banyak menghabiskan masa dengan booth HOSTORIUM kerana tukang tulis berminat dengan subject HISTORIUM ini :D . Tukang tulis telah meng - interview
dengan pihak HISTORIUM a.k.a. Assistant Manager of Human Sciences Week. Banyak information yang tukang tulis dapat especially tentang lecturer HS disitu, apa yang akan dipelajari dan sebagainya. Pengalaman ini adalah pengalaman yang paling bermakna sekali dalam hidup tukang tulis.

Pada pukul 530 petang, kami menggunakan masa yang ada sepenuhnya dengan melawat ke Masjid UIA, lecture hall, tutorial class,
CLC, Mahallah, Male and Female Sports Complex, lain-lain Kulliyyah, dan banyak lagi. Pada pukul 730 malam, kami semua bersolat di Masjid UIA sebelum berangkat ke Mini Auditorium untuk mendengar ceramah motivasi oleh Dr. Abdul Latif bin Abdul Razak. Tajuk ceramahnya ialah : Maintaining Career In a Long Run From Qura'nic Perspective. Banyak info-info yang menarik telah diperolehi dari ceramah motivasi tersebut. Apatah lagi, penceramahnya amat dedikasi, sporting dan pandai berjenaka itu membuatkan kami tidak kering gusi dan boring dalam mendengar ceramahnya.

Ceramah itu berakhir pada pukul 10 malam. Kami dibekalkan dengan refreshment. Kami juga diberi masa selama 45 minit untuk melawat ke tempat specific yang belum kami
kunjungi lagi. Ada yang ke tandas, ada yang ke ATM, ada yang pergi cafe, dan bermacam - macam ragam lagi. Tukang tulis ada juga snap pic bangunan rectory UIA. Sangat indah pada waktu malam !

Pada pukul 11 malam, kami berangkat pulang ke CFS IIUM, Nilai. Alhamdulillah, kami telah selamat sampai ke Nilai. :)

Wassalam,

2 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah. Good to know that everything went smoothly. Was worried about you guys since before the trip, I heard that there was no one to guide the students.

It would be great to share the knowledge from the talk that night so that all of us who did not have the chance to go there can benefit from it too :) Thank you 'tukang tulis'.

Anonymous said...

sy xtau mnau pn dak2 nilai ad yg dtg cni mse 2..malu'y...kami yg belajar n idup kt cni siang mlm pn rmy yg xdpt luangkn mase nk pg..ad yg xtau pn..mklum je la sibuk dgn clas.. syabas kpd adik2 sume dgn smgt yg adik2 tnjukkn..selamat dtg ke uia gombak next sem bg yg grad sem ni..-k.mila

Post a Comment

IIUM.fm